Program Pendaftaran Persekolahan Sesi 2021 Atas Talian

29 Jun 2020 | Aktiviti Terkini

28 June 2020 – Pada hari Ahad yang lalu, Pusat Internet Semenyih telah mengadakan satu program untuk komuniti di sekitar Semenyih iaitu Pendaftaran Pemohonan Atas Talian SK/SRA bagi sesi 2021 bagi memudahkan urusan para ibu – bapa untuk mendaftarkan anak mereka yang bakal memasuki tahun satu pada tahun hadapan.

Objektif utama aktiviti ini adalah untuk memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada ibu bapa dalam mengisi borang atas talian dengan menggunakan kemudahan sedia ada yang terdapat di Pusat Internet Semenyih. Aktiviti ini berlangsung dari pukul 10.00 pagi sehingga 5.00 petang yang bertempat di pusat internet. Selain daripada mengisi borang dalam talian, perkhidmatan fotokopi dan penjualan setem turut disediakan kepada para ibu bapa bagi memudahkan urusan mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali